Bagaimanakah cara untuk saya berkomunikasi dengan tetamu saya?

Bagaimanakah cara untuk saya berkomunikasi dengan tetamu saya?

Komunikasi dengan tetamu homestay

Antara perkara penting dalam urusan tempahan homestay ialah mengenai komunikasi. Penting untuk anda menjawab pertanyaan tempahan dan permohonan tempahan dalam masa 24 jam, agar prestasi anda tidak terjejas. Sebelum mengesahkan tempahan, cuba kenali bakal tetamu agar anda tahu anda boleh menerimanya.Tanya secara ringkas;

  • Siapa namanya?
  • Asal dari mana?
  • Berapa orang yang akan menginap?
  • Berapa buah kereta yang digunakan? (khas untuk ruang parkir yang terhad)
  • Adakah mereka Muslim? (khas untuk homestay Muslim sahaja)
  • Tujuan mereka menginap? (adakah bercuti, urusan kerja, dll)

Jika mereka tidak sesuai dengan kehendak anda, tolak tempahan mereka dengan segera dalam keadaan yang sopan. Terangkan mengapa tempahan mereka ditolak.

Menjawab soalan tetamu

Setiap kali tetamu menghubungi anda—tidak kira ada anda mempunyai tempahan dengan mereka atau tidak—adalah penting anda menjawab dengan cepat. Jawapan yang tepat pada masanya membuktikan anda hos yang prihatin dan bertimbang rasa, tetapi bukan ini sahaja yang penting. Pastikan anda berkomunikasi dalam nada yang membantu dan sopan supaya mereka selesa dengan anda.

Sebelum tetamu anda tiba

Apabila tempahan yang disahkan hampir bermula, sila berkomunikasi dengan tetamu anda sejurus sebelum mereka tiba. Pastikan mereka tahu cara datang ke penginapan, dan buat sesuatu jika boleh, untuk menjadikan ketibaan mereka lebih selesa.

Perubahan tidak dijangka

Jika ada sesuatu berlaku pada homestay anda tanpa dijangka seperti kerosakan pada utiliti seperti terputus bekalan air dan elektrik, hubungi tetamu anda supaya mereka sedia maklum.

Cadangkan alternatif lain kepada tetamu anda, samaada mereka perlu menunggu sehingga masalah tersebut diselesaikan. Jika tidak dapat diselesaikan carikan mereka penginapan lain sebagai tanda maaf anda kepada mereka.

Leave a Reply