Cabaran Menguruskan Perniagaan Homestay

Setiap perniagaan ada asam garamnya yang perlu dihadapi. Bila kita memperolehi keuntungan daripada perniagaan homestay, kena beringat juga akan masa depan perniagaan ini. Apa yang akan terjadi pada 10 tahun akan datang? Apa cabaran yang kita perlu hadapi ketika itu.

Mengurus perniagaan homestay merupakan satu kerja yang menyeronokkan.

Di samping dapat berkenalan dengan kawan baru (pelanggan) dan kita mampu mendapat pulangan yang lumayan sekiranya dapat diuruskan dengan baik.

Sebelum anda bermula dengan perniagaan homestay, adakah anda sanggup menghadapi cabaran berikut:

  • Pelanggan yang cerewet
  • Pelanggan yang tidak menepati masa check-in/check-out
  • Peralatan rumah dirosakkan pelanggan.
  • Peralatan rumah dicuri.
  • Banyak tempahan, tidak sempat mengemas dengan baik.
  • Tempahan bertindih.
  • Tempahan dibatalkan pada saat-saat akhir.
  • Berlaku kerosakan dan putus bekalan elektrik dan bekalan air.
  • Pasangan bukan muhrim daftar masuk.
  • Rekod keluar masuk duit tidak direkod dengan baik.

Jika anda sudah lama berkecimpung dalam perniagaan ini, apa kaedah yang boleh anda kongsikan untuk menghadapi situasi di atas?

Mari kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.

Please follow and like us:

Anda Bersedia? Mari Bekerjasama dengan DirektoriHomestay.com!!

Kami telah bekerjasama dengan beberapa pemilik laman web tempatan bagi menyediakan kemudahan penginapan (homestay) pakej pelancongan yang ditawarkan. Kami akan hubungi anda jika kemudahan homestay anda diperlukan.
* = required field

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*