Masukkan Homestay Di Google Map

Masukkan Homestay Di Google Map 2

 Kita sedia maklum, Google merupakan enjin carian paling popular kini. Apa sahaja maklumat boleh dicari jika betul caranya.

Kenapa Anda Rugi Bila Tidak Menggunakan Google Business/Map?

Mengikut pengalaman saya sendiri yang bergantung harap kepada teknologi internet, selain memasang beberapa aplikasi seperti Waze di telefon, saya juga menggunakan Google Map sebagai rujukan mencari lokasi. Google map kini sudah maju dan mudah digunakan.

Tambahan, ianya percuma.

Sebagai pemilik homestay, adakah bakal pelanggan anda mudah mencari homestay anda? Dengan menggunakan Google Map, kita boleh memudahkan bakal pelanggan kita mencari homestay.

Jika mereka sukar mencari lokasi mahupun info mengenai homestay anda, saya cadangkan anda daftarkan homestay anda di Google Business.

Selepas kita memasukkan homestay di Google Business, pastikan anda ‘sahkan’ homestay tersebut sebagai milik anda dengan mendapatkan kod verifikasi dari Google (dikirimkan ke alamat homestay).Jika sudah disahkan, homestay anda akan dipaparkan di Google Map.

Berikut adalah contoh hasil carian ‘Homestay Di Ayer Keroh’. Hasil carian tersebut merupakan dari laman web.

Contoh Google Search Result

Masukkan Homestay Di Google Map (1)

Bagaimana jika anda tiada laman web?

Jadi kena daftarkan di Google Business.

Apabila kita membuka Google Map, kita akan memudahkan carian dengan mendapatkan bantuan Google untuk menentukan lokasi homestay kita.

Contoh Google Direction (Map)

Contoh Google Street View (Map)

Dengan bantuan Google Map terutamanya Google Street View, mencari lokasi anda adalah sesuatu yang mudah sahaja!

2 Comments on “Masukkan Homestay Di Google Map”

Leave a Reply