Pengiklanan Secara Online Dan Offline

Pengiklanan Secara Online Dan Offline 1

Promosi Homestay

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memohon kemaafan seandainya perkongsian saya ini perkongsian biasa yang sudah anda ketahui sebelum ini.

Saya ingin berkongsi idea bagi cara untuk mengiklankan produk anda khususnya promosi homestay.

Sebagai contoh, saya yang tiada pengalaman dan baru berjinak-jinak membuat perniagaan homestay perlukan cara terbaik untuk promosi.

Apa yang perlu saya buat?

  1. Sediakan premis homestay yang selesa/sesuai dengan harga sewaanya.
  2. Promosi secara online atau offline.
  3. Sistem tempahan yang teratur.
  4. Cara menerima bayaran yang sistematik/manual.
  5. Lain-lain

Mencari Pelanggan

Bagi yang baru memulakan sesuatu perniagaan, cabaran besarnya adalah mencari pelanggan.

Bagi yang sudah ada nama dan dikenali umum, buka di mana-mana sahaja pun cawangan/premis perniagaan pasti tiada masalah. Pelanggan setia pasti akan menyusul sekiranya servis selama ini baik dan memuaskan hati pelanggan.

Namun, bagi kita yang baru bermula dari sifar, pelbagai rintangan perlu dilalui.

Tulisan kali ini, saya cuba berkongsi cara promosi sahaja, samaada online ataupun offline.


Promosi Online

Saya yakin, anda yang membaca tulisan saya ini memang sudah arif menggunakan media sosial sebagai medium pengiklanan.

Mana tidaknya, aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram merupakan aplikasi wajib dipasang di telefon pintar masing-masing.

Menggunakan media sosial memang mudah kerana anda perlu menyertai ‘Group Facebook’ berkaitan iklan homestay dan anda boleh terus membuat promosi di situ. Ianya juga percuma.

Jika anda ada bajet yang besar untuk tujuan promosi, anda boleh menggunakan iklan berbayar seperti Facebook Ads, Instagrams Ads ataupun Google Adwords.

Selain itu, promosi online juga anda boleh menggunakan platform web-web iklan seperti web ini direktorihomestay.com, mudah.my dan beberapa web lain. Jangkauan menggunakan platform web ini bergantung juga kepada kekuatan web itu untuk menguasai hasil carian web di web enjin carian seperti Google, Bing dan lain-lain.Biasanya perkhidmatan melalui cara ini ada yang percuma dan ada juga yang berbayar.


Promosi Offline

Promosi kaedah ini adalah cara konvensional. Cara lama yang masih lagi praktikal kerana bukan semua penduduk Malaysia khususnya menggunakan teknologi pintar. ‘Orang-orang lama’ terutamanya lebih biasa menggunakan cara ini.

Kaedah yang biasa digunakan adalah;

  • Iklan di surat khabar
  • Mengedar risalah
  • Iklan di TV/Stesen Radio (kos amat mahal)

Tetapi saya perhatikan, ada juga kaedah lain yang boleh diamalkan seperti memberi pelanggan anda cenderamata berupa;

  • T-Shirt
  • Pelekat cermin kereta
  • Key Chain
  • Kad nama anda

Pelekat Cermin Kereta

Anda cuma perlu letakkan grafik mengandungi nama perniagaan(homestay) dan no.telefon anda pada cenderamata tesebut. Secara tidak langsung, ianya akan menjadi ‘Iklan Bergerak’ bagi mempromosi perniagaan anda.

Selain dapat mempromosi, anda juga telah membina hubungan baik dengan pelanggan anda.

Leave a Reply