Ubah Nama Fail Gambar Supaya Lebih Mesra Search Engine

Ubah Nama Fail Gambar Supaya Lebih Mesra Search Engine

Salam sejahtera.

Tips kepada anda sebelum memuat naik gambar atau mendaftarkan homestay di dalam web direktorihomestay.com adalah anda perlu MENGUBAH nama fail gambar/foto anda seperti di dalam gambar di atas.

Kenapa?

Ini kerana capaian carian enjin pencari terutamanya Google, Bing dan beberapa yang lain mudah untuk mencari gambar yang ada kata nama, berbanding nama fail asal yang hanya melibatkan huruf dan nombor secara rawak.

Contohnya

Nama fail asal : DC_00111

Nama fail baru : Gambar Homestay Saya, Kuala Lumpur

Jadi, bakal pelanggan yang mencari menggunakan kata kunci ‘Homestay Saya’, ‘Homestay Kuala Lumpur’ akan ada kemungkinan terpapar gambar anda pada hasil keputusan carian gambar.

Ada beberapa kata kunci yang anda boleh jadikan sebagai nama fail seperti ‘Murah’, ‘Bajet’, ‘Selesa’, ‘Muslim’ dan beberapa kata kunci yang lain.

Sekian.

4 Comments on “Ubah Nama Fail Gambar Supaya Lebih Mesra Search Engine”

Leave a Reply to Abahomestay Shah Alam Ahnaf Cancel reply