Tips Menjimatkan Elektrik Di Rumah Atau Homestay Anda

Tips Menjimatkan Elektrik Di Rumah Atau Homestay Anda 1

Sebagai pengusaha homestay sudah pasti sering berhadapan dengan penggunaan bil elektrik yang melambung tinggi. Bil utiliti seperti ini akan mengurangkan margin keuntungan perniagaan homestay kita.

Kita sedia maklum, apabila sesebuah unit diserahkan kepada penyewa bermakna penyewa berhak menggunakan apa sahaja kemudahan yang ada pada unit kerana semuanya sudah dibayar.

Tetapi, kita boleh mengurangkan kos operasi terutama kos membaiki kerosakan dan mengurangkan bil utiliti yang tinggi.

Saya ingin berkongsi cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik untuk unit homestay.

Melekat notis Jimatkan Elektrik

Notis Penjimatan Elektrik
Kredit gambar : http://eco-schools.wwf.org.my

Ianya memang nampak mudah namun sekurang-kurangnya apabila penyewa melihat notis tersebut, mereka akan bertindak mengurangkan penggunaan elektrik.

Menggunakan Peralatan Jimat Tenaga

Logo Jimat Tenaga Peralatan Elektrik
Logo Jimat Tenaga Peralatan Elektrik

Sebagai pengusaha homestay, anda boleh memasang kelengkapan elektrik pada unit anda yang disahkan jimat elektrik oleh Suruhanjaya Tenaga.

Harganya mungkin sedikit mahal namun untuk jangka masa panjang ianya amat berbaloi.

Memasang Keytag Sensor

Keytag sensor ni kita biasa lihat dalam bilik hotel. Bila kita masuk dan perlu masukkan kunci pada panel keytag tersebut dan apabila kunci ditarik semula, bekalan elektrik akan diputuskan secara automatik.

HOTEL ON OFF POWER SWITCH
Hotel Sensor Switch

Hotel Sensor Switch – Beli Di Sini

Sistem pendawaiannya perlu dilakukan oleh juruelektrik bertauliah. Jika anda sendiri boleh memasangnya, anda boleh berjimat di situ.

Namun perlu diingatkan, bekalan elektrik yang sering terputus boleh menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik seperti peti sejuk. Jadi, asingkan pendawaian untuk peralatan ini.

Selamat mencuba.

3 Comments on “Tips Menjimatkan Elektrik Di Rumah Atau Homestay Anda”

Leave a Reply